Showing posts with label tempat makan menarik di Penang
Hai hampaaa...
Kali ni kami nak share pasal satu kedai makan Chinese muslim food tau. Sebenaqnya kami dah pi makan lama da. Masa Adriana punya graduation day lagi. Kahkah. Lani baru nak update wei. Apa punya turrr.



Untuk pengetahuan hampa, restoran Muhammad Loh ni terletak di Bertam Perdana, Kepala Batas. So if hampa yang mai ke Penang and nak cari Chinese Muslim food silalah terjah ke sini ya.

Untuk pengetahuan hampa, ni kami makan untuk 5 dewasa dan 3 kiddos.

Jom tengok makanan-makanannya dulu ya.


Sotong goreng tepung. Sedap!


Siakap. Aku tak sure masak apa sebab adik ipar aku yang order kan. Ada bawang merah and bawang putih goreng ranggup-ranggup. Sedap sangat!


Kangkung belacan..padu rasa dia


Chicken butter. Sedap ...memang recommended. Adriana pun suka sangat


Shark fin soup! My all time favourite. Teringat preggy Adriana ngidam nak makan ni. Bila dapat tu nak nangis bila tengah makan. Moment terindah. Thank you la husband melayan cravingness bini hang ni.

So overall, the food is nice. Tempat pun selesa jugak. Yang penting harga berpatutan. Cuba korang teka overall ni semua berapa? Seingat aku husband aku cakap dalam RM140+  which for me not bad sebab makan ramai and somemore shark fin soup tu biasanya mahal kot. 

Untuk hampa yang nak try makan kat sini boleh la buat reservation dulu tau. Mana tau takut fullhouse ka.


Alamat:

No 7-G Jalan Dagangan 9,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.


Ok lah hampa. Chow...




Cakap ja pasal Penang, mesti terbayang makanan-makanan sedap dekat Penang kan. Cakap la nak makan time bila..pukul 6 pagi, 3 petang..12 malam..semua ada kat Penang ni.Name it, kueytiaw thng la char kueytiaw la tosai la capati la semua ada. Tak kurang jugak dengan Western Breakfast style kan.

Kali ni nak cerita pasal Western Breakfast pulak. Takkan nama Penang ja nak cerita pasai nasik kandaq..nasi kandaq..nasi kandaq kan...boring lewwww. So kita lari dari kebiasaan, kita breakfast ala barat sikit.

Untuk food review kali ni, aku berpeluang untuk try Western Breakfast set di Viva La Pasta. Viva La Pasta yang terletak di Georgetown ni baru memulakam operasi sejak 2 bulan yang lalu.

Apa pun jom kita tengok breakfast set yang available ok.


Terlioq pulak tengok gambaq ni tau. Alahai. Sedapnyaa.



Set A


The American - scrambled eggs, chicken ham, chipolata, hash browns, french toast , sauted mushrooms , baked beans


Set B

Egg Benedict - poached eggs on English muffins with beef bacon and hollandaise sauce.

***personally this is my favourite. Sebab i love poached eggs. Buat poached eggs tak pernahnya jadi. Sedaq diri tak layak lagi jadi masterchef sebab poached egg pun tak lepaih lagi buatπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Set C

The Simple Italian -  Scrambled eggs with chicken ham bruschetta


Set D

Healthy Egg Wrap- scrambled eggs , chicken ham and cheese in wholemeal wrap and chipolatas.


Set E

Jumbo & Mash- Grilled jumbo chicken sausages served with mashed potatoes in brown sauce



Untuk pengetahuan setiap set didatangkan dengan pilihan jus oren , milo atau susu segar.
 Selain itu, terdapat juga FREE FLOW untuk minum pagi (kopi/teh).

Harga RM20 nett.

Masa hidangan untuk breakfast set ini adalah dari 7.30am-11am.


Jom jangan lupa kunjugi Viva La Pasta untuk breakfast lain dari lain. Because capati tosai are too mainstream for Penangites



96 Jalan Rangoon, Georgetown,
10400 Penang

04-2267618

Waktu beroperasi:

0730-2300



Kepada yang bercuti ke Penang ni boleh la menginap di hotel bersebelahan dengan Viva La Pasta ni yang baru beroperasi kira-kira tiga bulan, iStay Hotel.

Harga yang ditawarkan di iStay Hotel juga amat berpatutan bermula dari RM130 /day.

Kepada yang akan bercuti di Penang, selamat bercuti semua. Selamat menerokai keindahan Pulau Pinang, Pulau Mutiara ni. 

Muahhh cikedπŸ˜—πŸ˜—πŸ˜—

Salam....

Sory 2 3 hari ni aku akan review psai kedai makan ja kt penang ni...kedai makan hat sempoi mempoi ja utk hampa...

Okey...Restoran Ikan Bakar Din ni terletak kat area Kepala Batas Penang..bukan kat island naa...kat mainland ok...hampa ON WAZE ja kompem jumpa punya...tapi aku ngan laki aku panggail kedai harimau menangis ja...

Selalu kadang2 cakap...ehhh b sedap kalau makan kat harimau menangis kan...
Haah betol la b...tapi xleh selalu2...nanti poket aku yang menangis--> balas laki aku...

Okey....

Makanan dia of coz yang paling femes tak lain tak bukan CRY TIGER or HARIMAU MENANGIS...tak ka harimau menangis tu apa noks?
Kalau tak tau cuba p tanya mak hampa apadia tu....harimau menangis tu salah satu part dalam daging lembu yg tersangat la sempoi rasa dia..daging lembut..ada lemak2 skit...bukan kata harimau ja nangis...aku pun nangis sekali wei...sebab kolestrol tinggi...mampoih nak kena work out balik lepaih tu...



Ini la dia part harimau menangis tu....
Aku dapat cekau banyak....sebab hari tu awaiw lagi aku dah ckp kat Amir..kita p harimau menangis dulu baru p amik barang....sebab ni kira hot item la wei...p ataih kui 12 ja licinnnnn....ni kira selamat la kami p time tu tak ramai lagi...
Laki aku pun cekap...sampai2 dia terus arahkan mak jemah ni p cekau harimau nangis....




Ni pulak lidah bakaq...
Erkkkkk...xmakan eh???
Geli ehhh???
Ehh pedulik la aku yang makan engkau yg geli apa kes???ehhhh....
Sedap ni woiiiii....lagi2 kalau org siam suka wat lidah masak merah...mcm daging masak merah siam version tu..mama selalu jugak wat lidah masak merah or lidah masak asam kalau dapat beli lidah ni...

Kan aku da ckap...aku ni mmg makan makanan esotik dik non....tapi tak sampai la makan ulat sagu tu....euhhhhh....itu memang GELI!!!!



Takdak dalam gambaq..kari ikan untuk Adriana dengan sotong bakaq....petai rebuih dan sambai belacan+tempoyak(aku xdan nak tangkap gambaq sebab laki aku dah start pederaih gear 3 dah..satgi habih harimau menangis..aku yang menangis plak satg(

Harga????
Apa yang aku boleh kata...sediakan duit berlebihan..sebab harga dia memang boleh tahan la....satu sebab memang sedap...pastu lauk2 dia pun memang kalau ikan tu stock boleh makan 2 3 orang...so memang kalau tengok harga ikan terubuk ka keli bakaq ka...memang nak pitam tengok harga dia...tapi bila tengok ikan dia depan mata...hampa akan cakap...ok no wonder the price tu agak mahai...

Apa pun...kedai ni memang terbaik la...
Cuma p kena poket penuh la...balik tu poket macam bocoq skit la....
Tapi xpa...bukan selalu pun kan....

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS