Showing posts with label balcony garden
Haiiiii

Dah lama tak update apa jadi kat kebun balcony sekangkang kera aku tu kan.

Jom layan mata dulu naaaa



Bunga peria kata sekarang tengah galak berbunga. Fuhhhh tak sabaq nak makan hasil dia.




Sama jugak dengan tomato aku. Galak jugak tu. Sukanya dalam hati ni




Bunga rose aku. Sayang gila kot.




Strawberry pun da berbunga. Harap dapatla makan buah dia dan biakkan dia ke pasu lain pulak.



Ni pun baru la nak galak berdaun bila da letal baja roti bagai. Kalau dak, nan hado haaa.

Ni la terapi aku. Seronok bila tengok hasil dia. Orang yang ni ja yang tau perasaan bila guna hasil yg kita tanam sendiri untuk masak n makan.

Bukan sahut seruan kerajaan pun. Tapi sebab langkah berjimat cermat. Busuk-busuk pun menda-menda alah ni makan jugak RM3 -4 kalau kena beli kan.

Bagi yang nak start , aku suggest start dengan yang simple simple macam daun bawang ka apa ka. Bila tengok hasil baru la korang akan excited semacam. X caya sudah! Hihu.

posted from Bloggeroid

Yahuuuu
Setelah sekian lama menanti buncis renek ni keluarkan hasil.


Finally



Tadaaaaa
Wehuuu da keluarkan hasil.
Yang ni kita simpan kasik wat benih pulak untuk future ya.
Banyak lagi bunga dia duk keluar.
Seronok tu Allah ja yang tau.
Yang gila berkebun ja akan paham. Walaupun secara kecil-kecilan kan.
Cukup la habuan nak makan skit, letak dalam nasi goreng Mat Maslan ka. Hikhik.
Jom usha yang lain sama.
Selamat menjamu mata di balcony kecikku ini.



Kacang panjang yang tak berhenti-henti berbuah.



Sweet pepper.



Landscape pun sendiri-sendiri ja bikin



Peria katak cepatla berbuah ok.



Pokok-pokok bunga ni kegunaan dia untuk divert attention serangga-serangga perosak. Lagi bagus kalau dapat bunga taik ayam or marigold tu. Memang boleh buat companion tree yang sangat bagus. Salah satu kawalan organik instead of using harmful chemical pesticides.



Stress pulak haku sebab kenit ni suka betul main-main ngan batu putih mama dia ni. Haishhh

Oklah. Tu ja lah nak update pasal balcony garden atau urban garden kesayangan aku ni.

Sekian.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS