Aku baru ja buat spring cleaning /  decluttering baju-baju yang da lama terperuk and tak pakai. Fuhhhh ingat skit ja baju aku. Rupa-rupanyaaaa... Ya Rabbi.

Insaf aku. Malas dah nak beli baju-baju pasni sebab balik-balik akan baju kering yang belum berlipat lagi. (Pffttt gila pemalas and baloq kan..who care...)

Melawak tak melawak la. Ada orang cakap jual prelep..bagi kat orang. Sebenarnya ada baju-baju tu yang da koyak-koyak n bertompok-tompok sebab dah lama terperuk tak pakai. Takkan nak bagi kat orang kan? Memang tak gamak kot.
Cuci dulu seblum bagi kt org utk hilangkan tompok? 😌😌😌 hmmm je lah..baju yg duk ada pun da banyak nak kena basuh... ni nak tambah pulak..alahai..alahai...


Bayangkan banyak mana duk simpan.


Lega bila da buang baju-baju yang banyak tu. Lega wei bila decluttering ni. Lapang skit dada rasa.



Sama gak ngn baju-baju anak, memang da declutter jugak bagi nampak helok skit drawer depa. Banyak juga baju budak 2 ketul ni. Kalau ikut sayang, semua pun sayang nak buang. Ada yang separuh bagi kat orang sebab stil elok lagi kan. Need to find space sama. Kesian juga kat Si Aishah asyik pakai baju buruk kakak dia. I mean memang totally buruk sampai berbulu kot. Kakak jenis rangka kecik. Baju 6 m pun boleh pakai sampai dekat 2y+. So memang kakak dulu memang pakai baju lenjan2 belaka. Mai kat adik baju da buruk2 and bulu2. Kesian ngat aih. Adik lani, baju kakak 2-3 y pun da boleh pakai. Tu sekali dia debik muka kakak dia boleh pegsan terus.

Lagipun duk gila bagi depa dua pakai baju sama. Saja la mama depa nak buat boria kat depa.


Lega da tengok bersusun rapi skit. Kalau tak penuh sampai tak tau nak sumbat mana dah. Stress gila mama ni.


Ni si adik Aishah punya. Ni pun ada keluarkan untuk bagi kt yang memerlukan.

Bila hampa start decluttering barang-barang hampa yang da tak guna tu kan hampa akan rasa lapang and lebih efficient. Tak percaya cuba try. 

Satu ja tips decluttering ni, of coz hampa jangan duk sentimental and duk rasa sayang semua nak simpan. Konsep dia kalau baju tu hampa da tak pernah nampak lebih dari setahun..maka, wajib la hampa masukkan ke dalam plastik hitam. Senang kan tips dia....muahahah..lagi satu hampa boleh refer tips decluttering dari Konmari. Memang tu dia ajaq secara details la. Apa tu? Gugel plisss


SHARE 4 comments

Add your comment

  1. sha selalu ada rasa sayang nk buang 😂 last last sumbat lagi dalam almari walaupun takguna haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mmg syg jugak..tpi bila almari pun da penuh gila2 mmg xleh handle lagi dah😂😂😂

      Delete
  2. Dekat KL ada box macam peti surat untuk pakaian yang tidak digunakan. Cuba cari kat kawasan Alia ada tak servis camtu. Sebab kalau buang kat tong sampah, ia akan campur ngan sampah makanan dan lain-lain. Sebab baju elok lagi kan. Sayang laaaa. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xjumpa lg kt sni..lgpun baju2 tu da lubang sana sini..rasa mcm xmnis plak nk bg kt org

      Delete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS