Agoda


Monday, June 19, 2017

Safi Shayla Syampu Khas Untuk Mereka Berhijab

Cabaran utama untuk kaum wanita yang berhijab ni adalah shampoo. Ya lah kan sebab tak semua shampoo tu "kena" dengan keadaan kita. Dan hatta sebab tu lah jugak ada yang menjadikan alasan berhijab, rambut susah nak jaga. Adui korang, jangan macam tu. Rambut tu kan mahkota kita. Walauoun bertudung kita tetap kena jaga. Sebab nanti, suami nak belai2 rambut tengok rambut keras kejung n busuk terus tak jadi tau. Kan da tak syiok tuuuu.

But, dont worry dengan Safi Shayla, korang tak perlu lagi risau. Jom baca sedikit info tentang rangkain penjagaan rambut Safi Shayla ni.


Antara produk SAFI SHAYLA.



SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung| Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. 


Pek fleksi yang menjimatkan.


SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung | Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.


Antara rangkaian syampu Safi Shayla.


Khas untuk kawalan rambut rosak.


Perapi rambut dari Safi Shayla.



SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung |SAFI Shayla juga mengeluarkan produk perapi rambut dan penyegar kulit kepala agar rambut lebih lembut dan terurus serta kulit kepala segar dan sihat selepas bersyampu.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Award 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi kedua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepada yang dihadapi oleh wanita bertudung.. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya .



Personally kami sendiri memang suka kot guna Safi Shayla ni. Satu sebab habbatus sauda tu, pastu Alhamdulillah bila pakai memang segar ja rasa walaupun duk pakai tudung. Takdak la rasa macam rimas or berminyak ka. So automatically, bila selesa tu kita punya confident level tu pun boost la kan. So jadi ceria ja sepanjang hari gitu.

Maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman 
Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia 
Web SAFI : www.safi.com.my 

Monday, June 12, 2017

Kerajinan

Kerajinan aku lately ni terarah ke deko2 rumah..almaklum lah nak raya kan! Update blog ke laut paling dalam sangat-sangat. But In Sha Allah i will try to settle my Travelog Perth & WA secepat mungkin.

Harap-harap la aku tak baloq weiii.


In Sha Allah... I will share my memories here. 



Deko Raya dan Persiapan Raya

Hai...sedar tak sedar sat ja da berapa hari kita posa kan...sat ja..tengok-tengok tinggai 5 hari lagi ja nak raya pulak. Tapiiii hampa da deko ka rumah hampa untuk raya nanti?

Kami preparation raya kami macam biasa ja. Takdak la wow sangat pun. Part baju anak-anak and mak da setel. Suami pula macam biasa tak buat-buat Baju Melayu da masuk 2 tahun sebab dia kata baju melayu raya yang lepas-lepas tu boleh pakai lagi kan. Ya lah, hari Jumaat, semayang jumaat pun pakai baju biasa ja sayang aku tu. Mana hado nak berbaju melayu bagaikan.

Macam aku da jumpa satu port baik utk shopping baju-baju untuk orang cun macam aku ni. So dari tahun lepas lagi aku beli baju raya yang konsep dia hari biasa pun aku boleh pakai2. Baju boleh pakai buat blouse pakai dengan jeans..kain boleh pakai dengan blouse2 lain untuk casual look bila keluar weekend. Memang aku pakai sampai lebam la kan. Sebab tu, tahun ni konsep aku pun sama. Beli baju and kain ala-ala macam tu gak. Tak baik membaziaq...nnt jadi setan!


Berbalik kepada cerita deko, aku takdak la spend gila-gila sangat untuk deko raya ni. Beli sikit-sikit every month gitu ha. Duit hasil blogging dengan hasil jual perabot Scandi Scandu kat ig : scandi_scandu tu la aku kumpul skit-skit untuk beli deco bagai.

Jom la cuci mata dulu deko-deko aku. Actually bukan deko raya sangat pun, more to everyday look deko ja pun konsepnya. Cuma tambah-tambah skit ja.


Wall of fame. Nanti tengah tunggu barang baik nak sampai.


Purposedly bought that rack in red! 


My all time fav spot!


Scandi ladder ni selain dari hiasan..guna untuk sidai kain semayang cap laki bini.




Gmabaq itin n frame tu hadiah masa kawen recetion belah laki den.


Haaa kat sini tengah tunggu cermin sampai!


Frame ni beli kt Mr Diy jek


Rack ni tengah kacau bilau lani. Nanti kumpul sikit kekuatan untuk susun balik


Haaa laki den buat kitchen cabinet sampai ke atap nu haaa


Orang Penang ada nak renovate rumah meh la roger laki den haa.




Yang nak membeli DSW chair ni dengan murah meh la membeli dekat Scandi_scandu naaa.

Hampa punya rumah macam mana?

Friday, June 9, 2017

DIY : Frame Wording Cantik!

Hai quick update...
Just nak share another DIY project untuk deco2 Hari Raya ni.
Simple+ cheap = stylish kebabom!

What you need?


Frame...any frame will do. Saja pilih yg ni sebab nak nampak classic n mewah tu!
RM3+ je kat Mr Diy..maybe boleh dpt murah lagi kat tempat lain.


Also bought this at Mr Diy..dalam RM3.50+ .


Taraa...siap dah...
Nanti nak beli lagi frame...
Nak buat background hitam plak!

See...sapa kata nak deco rumah kena beli mahal-mahal and kena keluaq bajet tinggi. Sebenarnya boleh ja nak DIY banyak menda untuk deco-deco rumah ni. Bukan setakat recycle, kita boleh gak upcycle sesuatu menda tu bagi nampak menarik and more valuable.





Sunday, June 4, 2017

Product Review : Ferra Rossa Eyeshadow

Holaaaa hampa. Untuk segment beauty kali ni kami nak share 1 produk terbaru dari sifu make up kami Ferra Rossa.

Untuk pengetahuan hampa , eyeshadow Ferra Rossa ni dibuat di Korea tau and very pigmented! Sekali swatch ja dah melekat helok.


Nama pun da sedap!



Tengok color swatch dia punya la lawa noks


Me wearing eclair n sorbet code! Serious i'm in love with this eyeshadows!


Aishah, look at the camera plis dear!

Well, untuk details:

Price : RM45/each color

Whatsapp : 0133363775






Thursday, June 1, 2017

Althea Raya Goodies

Assalamualaikum...hai hampa semuaaa...
So amcam posa hampa? Stil survive? Me stil survive with a baby koala attach to me 24 hrs to suck up my milk😂😂😂

So, how's the raya preparation so far? Kami baju, Alhamdulillah dah beli dah. Kasut pakai ja yang mana jarang pakai tu kan. Handbag pun sama la juga. Persiapan pun more to anak-anak la kan.

TAPI....nak Raya penampilan harus kena jaga ye dak? Apalah guna baju raya vogue da vassss tapi muka pucat lesi atau sememeh di pagi raya.

Kalau hampa suka dengan look ala-ala Korean actress hampa jangan lupa pi shopping cosmetic n skin care Raya dekat Althea tau.


My two favourite Korean actress. Raya ni buat look ala-ala ni kot.


Untuk pengetahuan hampa, sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri ni Althea menawarkan Goodies Raya untuk kita semua. Walaweh.


One gift per customer! Hampa takmau kaaa???


Tak cukup dengan tu, setiap pembelian dengan Althea akan dapat box istimewa bersempena Syawal yang akan datang.


Cantik ja box nya. My favourite color!

Haaa hampa tunggu apa lagi, cepat jom cargass pi shopping kat Althea.

Jangan lupa click --> Althea



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png