Agoda


Thursday, April 27, 2017

Recipe: Chilies Chicken With Thai Basils ala Black Canyon

Kali ni nak cerita pasal dish fav kat Black Canyon. Memang fav sangat la sebab sedap sangat oittt. Nak buat pun sebenarnya senang ja ha..




Sebelum tu jom tengok bahan-bahan yang digunakan ok:

* isi ayam yang da dipotong
* isi udang (kalau BC dia letak tapi aku tak letak)
* paste Ibu Sambal (click sini)
*bawang besar
* bawang putih
* sos tiram
* daun selasih/thai basil
* cendawan (aku suka guna shimeiji mushroom, kat BC diorg guna straw mushroom)
* telur sebiji
*daun bawang

Cara masak:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih, masukkan paste ibu sambal dan ayam. And jangan lupa tambahkan sedikit air.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan cendawan.
3. Lepas tu masukkan daun selasih /thai basil , daun bawang and pecahkan telur dalam masakan tadi.
4. Kacau kejap, jangan bagi telur fully masak ya, buat ala-ala cair macam char kueytiaw melayu tu skit then terus tutup api.

Dah siapppp...senang bangat kan...
Aku letak lagi daun selasih / thai basil tu sebab aku memang suka sangat-sangat daun selasih ni.

Selamat mencuba ya korang

The Boss Baby Review

Wah gila! Lama gila tak review pasal muvie kan. Last review muvie pasal The Conjuring 2 tu kot.

Ni haa baru-baru ni kira unplanned la jugak nak tengok muvie ni sebab macam takut-takut pun ada Aishah meragam ka apa ka kat dalam tu. Tapiiiii ewahhh2 semua orang nak pi tinggai kami berdua ja. Banyiakkkk cantikkkk.

Hahahha. So husband aku pun booking la online TGV tiket and tengok dekat First Avenue dengan family adik ipar aku sekali. Memang meriah la kan sebab Si Adriana ni kan kejanya macam anjing dengan kucing dengan Si Afiq tu. Tak jumpa duk tanya mana, bila jumpa asyik bergaduh ja. Baik kejap, gaduh balik! Macam tu la budak-budak kan. Kalau orang tua ka, bergadoh hari ni terus tak cakap sampai bila-bila dah.

As usual la kan bila weekend memang ramai gila kot unat manusia nak tengok wayang tambah2 pulak Fast 8 baru duk mai kan. Takpa la, mama redha takleh tengok Fast 8πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Pic from Google

Comel ja boss baby ni.


Alhamdulillah la cerita best. Aishah pun tak meragam. Minum susu terus lena ja dalam cinema. Lega mama dia. Yang si kakak pulak la yang nak terkencing la, nak pop corn Didi & Friends la sampai terlepas ending dia. Bengkek ja suami aku hari tu. Adik tak buat hal, kakak yang buat hal pulak!

Cerita The Boss Baby pasal satu family ni yang terdiri daripada dua pasangan and anak lelaki depa yang berusia 7 tahun tetiba pasangan ni adopt anak/baby baru. Baby baru ni sebenarnya boleh bercakap and sebenarnya dalam misi undercover. And anak pasangan ni yang sulung ni dapat tau and cuba nak prove kat makpak dia yang baby ni macam lebih kurang jahat la macam tu. Tapi both parents anggap anak depa yang sulung ni jeles. Haaa gitu. 


Pic from Google
Adriana tak abih2 cakap macam Aishah macam Aishah. Saiko jugak la kalau Aishah macam ni. Kadang-kadang tu memang ada gak!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Lepas tu....arghhh nak tau ending kena tengok sendiri laaaaa


Larikkkkkkkk

Ok baiiiii

Wednesday, April 26, 2017

Rumahku wangi dengan Glade Automatic Air Freshner

Haaaa... tadi masa otw nak amik Adriana from kindy singgah la jap Giant. Saja ja nak test jalan-jalan dengan Si Aishah ni. Alhamdulillah behave duk dalam stroller tu janji kena bagi dia minum susu dulu kenyang-kenyang and stroller kena gerak-gerak takleh statik ok!

Balik pasal cerita air freshner ni. Antara brand yang aku suka seperti orang-orang lain jugak la Ambi Pur and Glade. Tapi lately ni suka nau dengan bau-bau from Glade ni. Ada yang satu tu bau fresh gitu nama dia Ocean Escape. ALLAH! wangi tau dak...memang yang tu aku letak kat dalam toilet. Elok la kalau memerut tu takdak la bau busuk nauuu kan.

Actually, banyak gak kot pilihan yang ada. Air Wick la, Ambi Pur la Glade la. Pastu apa lagi ntah. Aku pun dah lupa. But since I'm looking for an automatic air freshner maka tiga brands ni la yang buat nya pun. M

Mula-mula usha dah Ambi Pur, wah not bad until 2600 times semburan gitu! Air Wick up to 60days, sama la jugak dengan Glade ni. But what makes me choose Glade ni sebab satu harga dia paling-paling murah(yeah I'm cheapskate..have to!kena jimat berbelanja zaman sekarang ni) ...and terpaling penting, design dia lawa. Tak nampak macam terlalu "air freshner dalam kotak" gitu haa.


Ok aku pilih lavender vanilla for a start sebab please refer to my blog name..hahhaha...vanilla freak! And yes I do love lavender too!



I'm love with this smell. Actually bau yang lain-lain pun best ok. Ada yang bau fresh ada bau lembut macam lilac ke lily ke apa ntah. So kiranya banyak choice la kan.


Yes yang penting Stylo ok. Tak nampak terlalu kotak or what. Nampak macam vase gitu ha. Nak angkut masuk bilik pun anytime boleh. Nak hang dekat wall pun boleh. Tapi malas la kan sebab boleh wat hiasan tambahan kan. See cun ja kan duk kat situ kan. And kalau korang nak tau, timing pun boleh adjust from 9min, 18 min or 39min. Haa kan best tuuu.

Korang kalau nak beli boleh la cari dekat Giant ka Tesco ka Mydin ka. Harga this whole complete set pun cuma RM19.90. Memang murah sangat kot. Siap dapat dengan pewangi, bateri and bekas tu lagi ha. 

Oklah korang, mood blogging tengah ON ni sebab anak2 dah lena kan. Mama depa nak pi blogwalking jap ke blog kawan-kawan blogger mama depa ni.

See ya.

Tuesday, April 25, 2017

Travelog Perth : Tempat Makan Halal di Perth, Charcoal Chicken Express Dianella Plaza

Hai macam biasa, kali ni nak cerita pasal Travelog Perth dulu bagi tinggal sikit-sikit ja. Kalau boleh nak buat entry lumpsum tapi nanti pikir-pikir haihhh rugi la takda kenangan pulak kan nak ingat pasal Perth tua-tua nanti (tapi harap-harap tua-tua nanti pencen laki ajak migrate duk sana..huahuahua)

Ok untuk pengetahuan korang, setelah travel berbatu-batu dari Albany ke Perth, bila nak sampai ja ke Perth tu haihhh kiri kanan ada kedai Hungry Jack tau. Hungry Jack ni mac kedai fast food McD and Burger King gitu. Oiii gila menggoda oiiii! Dah la lapar...sejuk pulak tu! 11degree C. Mereput!

Sampai ja kat area Perth tu memang da set gps untuk ke Charcoal Chicken Express ni. Yes it's  a halal restaurant ok.Untuk pengetahuan Charcoal Chicken Express ni terletak dekat luar Perth and berhampiran dengan Daniella Plaza Mall. Waktu kami nak ke CCE ni time orang balik office but still jalan lancar and tak jem hokey! Cuba kalau Msia memang hakuuu elak kalau time orang balik kerja ni.


Pic credit to Mr Google!


Pic credit Mr Google.
Serius time ni memang tak pikir nak tangkap gambar ka apa ka. Pikiaq nak makan ja sebab lapaqqq oiii.


Pic credit to Mr Google!
Sedap dan murah oiii. Kat Malaysia pun tak dapat harga half lamb rack macam ni kalau convert pun!




Pic credit to Mr Google!
Aku tunjuk gambaq ni kat husband..terus mood dia swing....haku ni haku niiii...lagi la swing berganda2...benci oii.


Haaa ni gambaq dari kami. Serius sedap gila! Bukan sebab kami lapaq kami cakap ni tau tapi serius memang sedap dah la big portion plak tu. Tengok nasi and salad tu, kami order untuk sorang punya portion kot. Memang sangat banyak ok!



Ni ayam kami amik, half cut. Sama jugak lamb rack tu half jugak!


Ayam sedap! Kambing pun sedapppl...


Saja kasi upload gambar ni banyak-banyak kali kot2 nanti pregnant ka boleh pi makan lagi kat sini. Ehhhhhh.

Lepas ja makan kat sini, kami pun gerak la cari hotel yang kami book thru Agoda. Kali ni kami book betul-betul dekat Perth CBD. Tak lain tak bukan Kings Perth Hotel. Kings Perth Hotel ni memang terletak betul-betul dekat Hay Street yang fames amos di Perth ni.

Nanti kita cerita lagi ya pasal Kings Perth Hotel ni ya. Stay tune




Friday, April 21, 2017

Travelog Perth : Back to Perth, from Albany

Selesai berjalan-jalan di Albany Wind Farm, kami pun terus gerak untuk balik ke Perth. Perjalanan lebih kurang 4hrs++. Tapi biasa la sebab ada pit stop nak singgah makan bekal la, nak shi shi la. Maka dia akan jadi lama la skit. Tapi kalau kat Msia ni boleh less than 4hrs ni. Sebab kat Msia banyak ja boleh speed sampai 110km/hr kan. Kat sini nan hado ya.


Ni la routes yang kami follow hari tu ya. Awal-awal tu kami ikut laluan dari Mandurah-Busselton-Margaret River-Albany. Kali ni kami short cut terus balik ke Perth.


Sebab tu aku gelak ja lah baca ada yang mengadu kat fb kena sama Aud350 walhal jalan dari Albany nak ke Perth tu xda kereta and diorang pecut saja. And surat saman sampai ke Malaysia wei. Ala korang, tolong la ikut skit halaju tu lagi2 kat negara orang. Tau kenapa diorang maju? Sebab diorang peraturan simple mcm halaju pun diorang follow wei...kita?nan hado jang...kat tengah2 Perth tu berlambak ja jalan2 4 5 lanes speed limit dia 50km/hr. Jenuh wei control kaki wei. Jenuh! Tapi follow ja lah kan kalau sayang duit kan. Lagipun nanti senang la kalau nak migrate duk sana, record clear...ehhhh.

Back to the story, memang serius cakap laluan yang kami amik ni jalan dia memang tak banyak kereta pastu speed limit macam kami cakap la kat atas paling laju 90km/hr kot. Kami tau laki kami berperang dengan perasaan dan kaki dia. Dalam hati memberontak nak tekan laju2. Bila tekan laju nanti gps menjerit..ting ting...over speed limit...kahkah. nasib woi takda surat saman sampai mai umah ni. Sebulan balik Msia penuh debaran takut ada surat cinta dari sana woi.

Sepanjang perjalanan tu takyah cakap la memang mengantuk kot. Dahla winter pastu cuaca memang mengundang ja nak lena. Aku ni jenuh la menahan mata nak teman laki aku. Time aku take over drive, dia tidur..tapi tak tahan daulat..sejam ja drive da mngantuk tahap nak guling-guling dah tauπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Last2 dia driva balik.

Sepanjang dari Albany ke Perth kami ada singgah satu tempat ni, macam town kecil la nama Kojonup. Singgah untuk makan bekal yang aku masak tu. Alaa, lungguk2 makan dekat park dia ja pun. Tapi sumpah tahap gigil sampai ke tulang wei.


Ni la kat kawasan park yang kami berhenti makan tu.


Cantik ja rumah diorang ni.


Teringin nak jalan-jalan kat kawasan rumah diorang ni. Tapi takut pulak kena tembak ka anjing ligan ka.


So cantik and damai. Pekan ni pun macam sunyi-sunyi gitu. Laki aku kata pekan orang pencen gitu haa.

Selesai ja makan, shi shi apa semua kami pun meneruskan ja perjalanan kami ke Perth. Fuhhh jauh lagi bhaiii. Kematu pungkoq.


Tetiba ja lalu kawasan ni.



Ehhhhhh..canola field la. Serius tergamam jap. Time ni aku terlena laki aku kejutkan.


Memang cantik gilos wei. Susah nak gambarkan perasaan berbunga-bunga time tu macam mana. Serius berbunga-bunga macam bunga canola ni jugak haihhh.


Nahhhh...macam wallpaper ja kan. Percaya lah, tengok depan mati lagi dalam hati duk Subhanallah...Subhanallah...cantiknya bumi yang Allah jadikan ni. Rasa menangis kejap sebab dapat tengok depan mata. I cryyyyy....


Out of no where dalam perjalanan nampak hotel ni. Classic sangat the buliding ok! 

Sampai Perth time tu da dekat time orang nak balik kerja. Banyak kereta but stil ok takda la jammed ka apa ka. Jitra pun lagi teruk jammed compared to Perth tau. Sebab tu aku kata Perth ni memang peaceful sangat wei. Serius sesuai untuk besarkan anak kat city macam Perth ni.

Bayangkan setelah few hours of driving haruslah lapaq kan. Seperti kelaziman kami da study awai-awai da port nak makan masa kt Perth kan. So destinasi seterusnya Charcoal Chicken Express di Daniella Plaza. Nanti kita sambung lagi ya next entry.

Benda baik kena share kan. Mana tau ada yang nak ke Perth ka nanti kan. 

Stay tune naas






Saturday, April 15, 2017

Perabot Scandinavian Murah

Hai kali ni nak cerita pasal another side business aku iaitu menjual perabot Scandinavian dengan harga mampu milik gitu haa.

Tapi all this furniture semuanya pre order basis la ye. After full payment biasa dalam 30-40days akan sampai la kat doorstep korang tau. And yang paling penting harga dia kebabom murah gila!


Kita banyak bawak masuk design hot ye!


Kerusi klasik ni pun ada. Macam teringin gak nak rembat satu letak kat rumah. Tapi memandangkan rumah sendiri kecik..duk diam2 je lah.


Ni pun antara kegilaan peminat decor Scandinavian.


Classic tapi stylo gitu!


Knitted stools.


Hitam yang menawan.


Design simple tapi elegan sangat kan!



Khas buat peminat pinky!

Must have side table!


Swing daw chair.


DAW chair yang super famous di kalangan peminat scandinavian.


So korang kalau nak beli perabot baru untuk raya ni dengan harga murah sila lah usha-usha ke instagram:


Sempat lagi ni nak order sofa raya and beraya dengan sofa baru korang.

Thursday, April 13, 2017

Food Review : Texas Chicken Penang

Hai hampaaaa..saja la nak cerita pasal Texas Chicken ni. Alaa orang KL jangan la kecam kami. Kami baru ja 2 kali makan Texas Chicken ni tapi dah jatuh cinta sangat tau.

For your info, kat Penang ni baru ja buka. Located dekat First Avenue di Lower Ground Floor gitu.

So far memang terbaik la ayam dia. Rasa pun padu.



Ni haaa ayam dia..sedap crunchy outside but juicy inside gitu haa.


Tangan kecik tu tak menyabar ok.


Aku paling suka bun dia tu! Alahai lembut n sedap sangat aihhh. Tetiba telan ayaq lioq ni wei!

Hampa orang Penang jangan lupa try Texas Chicken ni naaa. Sedap baq hangggg.

Harga? 

Bab harga ni aku tak sure exact price dia berapa sebab bos yang bayaq tapi husband aku kata lebih kurang ja dengan KFC. So for me, ok la kan. Air FREE REFILL ok. Refill and minum la sampai kembong ok!

Nah pakat pi terjah sini:

 1st Avenue Mall

LG-15, 16 &17, Lower Ground Floor, 1st Avenue Mall, 182, Jalan Magazine, 10300 Georgetown, Penang



                        Tel: 04-370 5594

Business hours: 
10.00am to 10.00pm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png